Tuesday, 16 October 2012

JURULATIH MTA DIBENARKAN MENGAJAR DISEKOLAH SELURUH NEGARA

From Sinar Harian - 11 October, 2012

JURULATIH MTA DIBENARKAN MENGAJAR DISEKOLAH SELURUH NEGARA

Jurulatih Taekwondo yang berada di bawah naungan Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF) dibenarkan mengajar sukan itu disekolah seluruh negara mulai Oktober ini.

Setiausaha Agung MTA, Eddie Tuan berkata, berita baik ini disampaikan Presiden MTA YM Raja Taharudin Bin Raja Dato' Nong Chik pada Mesyuarat Agung
 Dwi-Tahunan 2012 yang berlangsung 5 Oktober lalu selepas mendapat kelulusan secara rasmi daripada Kementerian Pelajaran, 2 Oktober.



"Ini adalah berita baik buat MTA selepas isi pembatalan persatuan selesai, April lalu.



"Sebelum ini pelajar hanya boleh menjalani kegiatan kelas Taekwondo sahaja, namun dengan kebenaran diberikan, pelajar kini dibenarkan bertanding ke kejohanan kebangsaan dan menggunakan tiket atlet negeri", katanya kepada Sinar Harian, semalam.



Menurutnya, sehingga kini terdapat lapan Persatuan yang bergabung dibawah MTA iaitu Trengganu, Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Sukan Universiti (MASUM).



Bagaimanapun, kemungkinan tiga hingga empat Persatuan negeri lain dan beberapa Institusi Nasional bakal bergabung dengan MTA semula, namun, perkara tersebut hanya akan diumumkan pada masa yang sesuai.
Sementara itu, MTA menegaskan mulai tahun depan, setiap jurulatih yang membawa atlet-atlet Taekwondo untuk menyertai pertandingan mesti menyertai atas tiket nama sekolah bukan atas tiket kelab.



MTA sebelum ini dikembalikan semula kuasa sebagai badan induk sukan itu dinegara ini selepas Pesuruhjaya Sukan membatalkan pendaftaran mereka pada 2010.

7 comments:

  1. Syabas kepada MTA.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada MTA, saya ada seorang bapa dimana anak saya berlatih taekwando dibawah seorang jurulatih yang dipaksa bergabung dengan TM pada masa pendaftaran MTA dibatalkan. Apa yang dicapai oleh MTA hari ini telah terbukti kepada kami, kepimpinan YM Raja Taharudin dan usaha Master Eddy telah terbukti. Semoga tuhan merestui MTA dalam perjuangan kamu.

    Ahmad Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera, salam Satu Taekwondo, saudara Ahmad. Terima kasih kerana bersama dengan Mta dan kami sentiasa mendengar nasihat-nasihat yang membina untuk memantapkan lagi MTA. Dan kami akan meneruskan usaha untuk membangunkan sukan Taekwondo di Malaysia dan kami berjanji tak akan memaksa sesiapa pun untuk bersama kita. Polisi kami adalah selaras dengan slogan kami iaitu, `Satu Visi, Satu Destinsi, Satu TAekownoo'.

      Majulah sukan untuk negara.

      YM RAJA TAHARUDIN BIN RAJA DATO' NONG CHIK
      Presiden MTA

      Delete
  3. adakah surat kebenaran inin telah sampai ke semua sekolah?? sekolah di sarawak masih belum menerima surat kebenaran tersebut.tersekat pada JPNS???? surat ini sgt penting sebagai bukti kepada setiap pengetua sekolah. Harap Maklum.



    Jurulatih MTA WTF Sarawak.

    ReplyDelete
  4. Guru TKD SMK. Sarawak.2 April 2013 at 09:06

    Masalahnya sekarang Surat kebenaran ini tidak di faks kepada sekolah2 di Sarawak. banyak lagi sekolah yang belum menerima surat kebenaran ini dan pengetua2 masih pecaya pada surat yang di tunjukkan oleh WTF-TM (PGTS)..saya berharap pihak tuan dapat memastikan bahawa surat ini sampai kepada pihak sekolah untuk menghidupkan semula kelab Tkd WTF-MTA.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. Kepada Jurulatih MTA WTF Sarawak dan Guru TKD SMK, Sarawak

    Salam Satu Taekwondo. Mengenai surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, saya sudah baru post di blog MTA dan mengenai surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Sarawak. Saya akan post esok dan jikalau and nak salinan itu, sila rujuk kepada Dr. Henry Toh.

    Sekian, terima kasih.

    Eddie

    ReplyDelete
  6. Jurulatih TKD WTF(MTA)2 April 2013 at 20:49

    Terima kasih Eddie.
    perkara terbaik adalah JPNS dan KPM sendiri faxs kepada semua sekolah, ianya akan lebih rasmi dan tidak boleh dipertikaikan lagi kesahihanya. semoga MTA-WTF akan terus maju.

    ReplyDelete